Property Insight > Featured Articles > Legasi Kampung Bharu, kediaman unggul gaya hidup moden

Legasi Kampung Bharu, kediaman unggul gaya hidup moden

Oleh: Nasuha Badrul Huzaini

Kampung Baru boleh diibaratkan sebagai ‘syurga’ makanan warisan dan seringkali menggamit kunjungan orang ramai yang mencari makanan kegemaran mereka di sana.

Walaupun diselubungi kesibukan kota, Kampung Baru masih mendapat tempat di hati masyarakat Melayu terutamanya memandangkan status kawasan itu yang diwartakan sebagai kawasan rizab Melayu.

Memanfaatkan kelebihan yang ada di kawasan berkenaan, Uda Holdings Bhd kini giat mempromosikan projeknya di sana yang dikenali sebagai Legasi Kampung Bharu.

Projek yang sudah siap dibina itu hanya mengambil masa 15 minit berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan ia dikelilingi oleh pelbagai kemudahan pengangkutan seperti LRT Kampung Baru, Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara, kompleks sukan serta universiti.

Tambah menarik, ia terletak betul-betul berhadapan dengan Pintasan Saloma yang kini muncul sebagai tarikan terbaharu di tengah ibu kota. Dengan adanya pintasan berkenaan, ia dapat memendekkan jarak berjalan dari Kampung Baru ke KLCC. Pengguna juga tidak perlu risau mengenai aspek keselamatan kerana pintasan berkenaan turut dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau keselamatan pengguna.

Legasi Kampung Bharu adalah projek pegangan bebas yang dibina di atas tapak seluas 2.85 ekar. Ia merangkumi tiga komponen utama iaitu 639 unit blok residen, 83 unit blok pejabat(Menara Legasi) dan 43 unit lot kedai (Jajaran Niaga).

Bagi unit residennya, dengan harga jualan bermula daripada RM716,200, Legasi Kampung Bharu menawarkan beberapa jenis unit termasuklah unit dengan tiga bilik berkeluasan daripada 950 kaki persegi hingga 1,907 kaki persegi. Antara jenis residen yang ditawarkan termasuklah jenis A1 (33 unit); A2 (33 unit); A3, A4 dan A5 (seunit) serta jenis B (364 unit) dan jenis C (206 unit).

Selain itu, Menara Legasi setinggi 29 tingkat dibangunkan dengan ciri seni bina Islam yang menggambarkan pembangunan berkenaan sebagai ‘permata’ di Kampung Baru. Sesuai dengan reka bentuk yang moden dan bersinar, menara ini mencerminkan imej perpaduan di kalangan golongan Melayu Islam yang luar biasa dan kestabilan yang kukuh.

Ruang pejabat ini menyediakan persekitaran ruang kerja yang menakjubkan dengan ciri pemandangan panorama ibu kota Kuala Lumpur yang indah di samping menghadap mercu tanda bersejarah Kampung Baru.

Selain kemudahan asas seperti taman permainan, pusat asuhan kanak-kanak, kedai serbaneka, sauna, ruang barbeku, surau dan dewan serbaguna, yang paling istimewa sudah tentu kolam renangnya yang seluas 245 kaki persegi dan berlatar belakang pemandangan KLCC dan Menara Kuala Lumpur.

Legasi Kampung Bharu memberikan anda peluang untuk menikmati pemandangan yang indah pada harga yang lebih rendah berbanding projek pembangunan lain di kawasan sekitarnya, jadi, jangan berlengah lagi dan segera lawati laman web http://www.udalegasi.com/kb/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share it:

Image here

If you have any suggestions on this article, please send to editor@propertyinsight.com.my.

Comments

comments