Property Insight > Featured Articles > Beli hartanah daripada pemaju ini atau anda mungkin bernasib malang

Beli hartanah daripada pemaju ini atau anda mungkin bernasib malang

Sudah banyak berlakunya kes di mana pembeli sesebuah hartanah berhadapan dengan pelbagai masalah.

Bermula daripada hasil kerja yang tidak memuaskan sehinggalah kerosakan struktur bangunan yang serius, masalah-masalah seumpama ini semakin menghantui pembeli hartanah di negara ini.

Oleh itu, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sebarang jenis hartanah, anda dinasihatkan untuk membuat kajian terperinci mengenai reputasi pemaju hartanah yang anda impikan.

Bagaimanapun, terdapat lebih 100 syarikat pemaju yang beroperasi di negara ini, jadi, anda mungkin kesuntukan masa untuk menyemak reputasi mereka.

Jangan bimbang! Dengan adanya penarafan ‘Malaysia’s TOP 100 Property Developer Brand’ yang dikeluarkan oleh Property Insight dengan kerjasama Acorn Marketing & Research Consultants (M) Sdn Bhd (Acorn) anda kini boleh memendekkan masa untuk membuat semakan terhadap pemaju pilihan anda!

Bagaimana caranya?

Penarafan ‘Malaysia’s TOP 100 Property Developer Brand’ ini membolehkan anda mengenalpasti nilai jenama pemaju hartanah.

Kesemua pemaju yang tersenarai dalam penarafan ini dinilai menerusi empat teras utama iaitu:

  1. Suara pengguna (50 peratus): Teras ini dikira berdasarkan kesedaran jenama, pandangan pengguna, cadangan jenama dan reputasi jenama
  2. Situasi Kewangan (30 peratus): Teras ini dinilai berdasarkan jumlah pendapatan keseluruhan dan keuntungan bersih
  3. Kesedaran jenama (10 peratus): Teras ini dikira berdasarkan kewujudan syarikat pemaju berkenaan dalam media sosial, media tradisional, pendedahan media cetak, pengiklanan luar, pameran dan ekspo
  4. Kedudukan syarikat (10 peratus): Ini berdasarkan tempoh kewujudan syarikat dan jika ada sebarang senarai hitam oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Senarai pemaju yang ada dalam penarafan dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima daripada lebih 700 responden.

Kerjasama antara Property Insight yang juga majalah hartanah terkemuka dan Acorn ini ternyata boleh digunakan dalam membantu pembeli di luar sana membuat keputusan bijak untuk membeli hartanah.

Acorn mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam penyelidkan pasaran di Asia dan ia menjadi peneraju dalam menyediakan hadil kerja berkualiti tinggi yang disokong oleh teknologi inovatif.

Ini bermakna, syarikat yang tersenarai bebas daripada senarai hitam oleh kerajaan dan apa yang lebih penting, ia mempunya rekod pembangunan projek yang baik.

Jadi apa tunggu lagi, lihat senarai pemaju kegemaran anda di dalam ‘Malaysia’s TOP 100 Property Developer Brand’ dan mulakan proses untuk mendapatkan rumah idaman anda!

Share it:

Image here

If you have any suggestions on this article, please send to editor@propertyinsight.com.my.

Comments

comments