Property Insight > Featured Articles > Ejen dari neraka, jangan bagi muka!

Ejen dari neraka, jangan bagi muka!

Di Malaysia, untuk bergelar ejen hartanah, anda perlu berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH) bagi membolehkan anda menjalankan urusan secara sah.

Bagaimanapun, masih terdapat segelintir kes membabitkan ejen dari neraka, yang merujuk kepada individu yang berpura-pura sebagai ejen hartanah tetapi sebenarnya tidak.

Property Insight berpeluang mendapatkan pandangan pihak berkaitan mengenai isu ini. Pengurus Residen Property Hub, Wan Choy Heng berpendapat, ejen dari neraka ini terdiri daripada mereka yang menjalankan urusan perniagaan agensi hartanah tetapi tidak mempunyai kelulusan dari LPPEH.

‘Mereka ini sering dirujuk sebagai ‘broker haram’. Orang ramai yang tidak mempunyai maklumat mengenai mereka ini berhadapan risiko untuk ditinggalkan terkapai-kapai semasa proses transaksi jualan dan belian hartanah sedang berlangsung.

‘Broker haram ini selalunya akan hilang tanpa jejak apabila berlakunya pertikaian dengan pembeli membabitkan wang deposit dan merema menyebabkan penjual dan pembeli kehilangan sumber rujukan.

‘Penjual dan pembeli pula tidak mempunyai banyak pilihan kerana operasi perniagaan yang dijalankan oleh broker haram ini tidak disahkan LPPEH.

‘Disebabkan oleh status tidak sah dalam operasi perniagaan mereka, ejen ini tidak bertanggungjawab dan mendedahkan kepentingan pelanggan dalam risiko jika berlakunya sebarang pertikaian dalam transaksi hartanah,’ katanya.

Sebagai penjual dan pembeli, pastikan anda menggunakan khidmat ejen hartanah yang berdaftar bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari.

Share it:

Image here

If you have any suggestions on this article, please send to editor@propertyinsight.com.my.

Comments

comments