Property Insight > Featured Articles > Ervina: Capai ketenangan di tanah tinggi

Ervina: Capai ketenangan di tanah tinggi

By: Nasuha Badrul Huzaini

Ara Sendayan adalah sebuah projek pembangunan tanah tinggi yang tersergam indah di Bandar Sri Sendayan dan ia membabitkan kawasan seluas 194 ekar dengan status pegangan bebas. Projek pembangunan 1,272 unit kediaman dengan rekaan kontemporari dan elegan itu dibangunkan oleh Matrix Concepts Holdings Berhad (MATRIX) dan ia menerapkan unsur persekitaran yang menyegarkan lagi menenangkan.

Dengan akses yang mantap menerusi jajaran lebuh raya seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS); Lebuhraya Seremban-Port Dickson serta KLIA Linkage, Ara Sendayan mempunyai sambungan yang mudah kepada pelbagai kemudahan di kawasan sekitarnya seperti Bandar Sendayan, Sendayan Merchant Square, stesen minyak, pusat beli-belah AEON, Matrix Global School, SMK Bandar Sri Sendayan dan SJK (C) Bandar Sri Sendayan.

Kawasan perbandaran itu telah melancarkan projek pembangunan terakhirnya merangkumi projek kediaman eksklusif yang dikenali sebagai Ervina. Terletak di kawasan yang lebih tinggi, Ervina adalah satu-satunya projek kediaman berkembar Semi-D yang dibangunkan di Ara Sendayan.

Dengan hanya 46 unit eksklusif untuk dimiliki, Ervina menawarkan pelbagai pilihan pelan lantai dengan keluasan binaan bermula daripada 3,960 kaki persegi hingga 5,120 kaki persegi. Harga jualannya pula adalah serendah RM1.3 juta. Satu daripada faktor yang menyebabkan Ervina kelihatan begitu berbeza dengan produk lain adalah rekaan ruang yang luas bagi rumah berkenaan. Untuk unit paling kecil (Jenis A) dengan saiz tanah berkeluasan 45’ x 85’, ia bukan saja mempunyai empat bilik tidur malahan juga didatangkan dengan tambahan bilik berhias dan dua bilik utiliti.

Manakala bagi unit terbesar (Jenis C2), ia merangkumi lima bilik tidur, dua bilik berhias serta tiga bilik utiliti. Dengan tawaran ruang bilik tidur yang banyak, ternyata Ervina disasarkan untuk keluarga yang berskala besar yang mana anak-anak mereka mempunyai peluang untuk mempunyai bilik tidur impian mereka sendiri.

Selain daripada itu, projek berkenaan juga dilengkapi dengan pagar perimenter yang disediakan bertujuan untuk menjamin keselamatan di kawasan berkenaan selain turut mempunyai fungsi CCTV dan sistem penggera. Melihat kepada aspek cara kerja pembinaan projek berkenaan, ia menawarkan hasil yang premium seperti pemasangan lantai bercorak kayu di tingkat atas dan di kawasan tangga. Untuk keselesaan pemilik rumah, sistem pemanasan air solar juga turut dipasang di Ervina.

Ervina juga adalah projek kejiranan yang tidak mengabaikan sebarang aspek moden walaupun ia memberi penekanan utama kepada aspek persekitaran. Ini dibuktikan dengan kewujudan pelbagai kemudahan moden seperti pusat gimnasium, laluan refleksologi, ruang barbeku, kawasan rehat serta ruang permainan kanak-kanak. Penduduk di sini berpeluang menggunakan kemudahan yang disediakan dan dalam masa yang sama menikmati pemandangan semulajadi alam sekitar yang menenangkan.

Sebagai tambahan kepada kemudahan moden yang disediakan, terdapat beberapa unit kediaman di Ervina yang dibina menghadap taman tasik yang cantik dan memberikan kedamaian kepada pemilik kediaman yang bertuah. Pembangunan keseluruhan kawasan itu juga telah mengambil kira faktor feng shui yang bagus.

­­

Jelas sekali, Ervina bukan hanya sebuah projek pembangunan biasa yang selalu didengari tetapi ia adalah sebuah projek yang unik dengan elemen pembangunan di atas platform yang lebih tinggi. Sebagai pemaju yang dipercayai, MATRIX memberi jaminan bahawa semua projek yang dijalankannya akan memenuhi slogan ‘Nurturing Environments, Enriching Lives’ dan mencerminkan imej pemaju komuniti yang berjiwa besar.

MATRIX ditubuhkan pada 1996 dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 28 Mei 2013. Aktiviti perniagaannya berkisar kepada empat teras utama iaitu pembangunan hartanah, pembinaan, pendidikan dan hospitaliti.

Share it:

Image here

If you have any suggestions on this article, please send to editor@propertyinsight.com.my.

Comments

comments