Property Insight > Featured Articles > Ingat empat P ini jika hendak beli hartanah

Ingat empat P ini jika hendak beli hartanah

Bagi membantu anda membuat keputusan untuk membeli sesebuah hartanah, kami senaraikan empat P yang menjadi faktor utama dalam sebarang pembelian.

1. Orang (People)

Lebih ramai penduduk yang mendiami sesebuah kawasan kejiranan, ia menyumbang kepada potensi permintaan yang lebih tinggi bagi hartanah di kawasan berkenaan. Selain mencari maklumat di dalam talian, anda juga boleh memandu secara santai di kawasan berkenaan dan meninjau sama ada terdapat pusat beli belah yang aktif dengan pengunjung yang ramai, melihat deretan lot kedai dan jumlah pengunjungnya serta meninjau kemudahan yang ada di kawasan berkenaan. Ia termasuklah sama ada terdapat sekolah kerajaan atau pusat pendidikan dengan jumlah pelajar yang ramai.

2. Harga (Price)

Harga adalah faktor paling penting yang sentiasa menjadi pemutus sama ada sesuatu hartanah itu dapat dijual ataupun tidak. Jika boleh, semua orang mahukan tempat tinggal yang berhampiran dengan tempat kerja masing-masing. Bagaimanapun, faktor yang menghalang mereka membeli rumah di kawasan pejabat mereka adalah harga. Pilihan yang ada hanyalah keluasan rumah yang lebih kecil atau lokasi rumah yang lebih jauh pada harga yang sama.

3. Dasar (Policy)

Di Singapura, harga kereta disifatkan sebagar sangat mahal walaupun ia dijual dalam harga dolar Singapura. Bagaimanapun, pemilih perlu membida Sijil Pemilikan dan perlu membayar jumlah yang besar untuk tujuan itu. Perumahan HDB di Singapura juga tidak dilengkapi dengan tempat letak kereta dan dengan dasar yang tepat, semua orang digalakkan untuk menaiki pengangkutan awam.

Kesedaran seumpama itu sudah mula dirasai di negara ini berikutan terdapat cadangan bagi caj letak kereta yang lebih mahal apabila orang ramai memandu memasuki pusat bandar. Bagaimanapun, pada masa ini, masih tiada sebarang petunjuk ia akan dilaksanakan. Justeru, dengan adanya dasar yang betul, ia boleh memberi ruang untuk pembangunan berorientasi transit (TOD).

4. Pilihan (Preference)

Ramai pakar hartanah menyatakan bahawa pembelian hartanah berhampiran dengan kemudahan awam seperti LRT, MRT dan KTM adalah sesuatu yang harus dilakukan. Ini kerana ramai golongan muda yang sudah terbiasa menaiki pengangkutan awam dan ia terletak berhampiran dengan pejabat dan rumah mereka. Ini adalah pilihan kerana jika pilihan untuk memiliki kereta tidak berubah, pembangunan TOD akan gagal. Ia mungkin mengambil masa tetapi sebaik saja gaya hidup generasi mudah berubah, ini mungkin boleh direalisasikan.

Senarai empat P ini bertindak hanya sebagai panduan dalam mendapatkan maklumat mengenai pemilikan rumah. Ingat, walaupun anda hanya mahu membeli sebuah unit rumah, panduan ini masih boleh digunakan. Selamat membeli!

Share it:

Image here

If you have any suggestions on this article, please send to editor@propertyinsight.com.my.

Comments

comments