Property Insight > Featured Articles > Peguam hartanah bukan musuh anda

Peguam hartanah bukan musuh anda

Kerjaya sebagai peguam secara umumnya sering menerima tanggapan negatif. Ada banyak jenaka mengenai peguam dan antara yang paling terkenal adalah jenaka British yang berbunyi ‘A thousand dead lawyers being buried under the sea’.

Sedutan skrip karya daripada penyair terkenal, William Shakespeare dalam pementasan Henry VI mengenai peguam juga turut memberi konotasi negatif mengenai kerjaya berkenaan.

Sedutan skrip itu yang menyebut ‘Perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah mari bunuh semua peguam!’ dan ia telah memberi gambaran buruk terhadap peguam untuk tempoh berabad lamanya.

Adakah benar semua peguam bersikap buruk terutama yang berurusan dengan transaksi hartanah?

Sudah tentu tidak.

Artikel ini akan mempertahankan peguam kerana kami juga sama seperti orang lain yang mencari nafkah untuk hidup. Kami menempuhi kesukaran semasa menuntut ilmu undang-undang, berhadapan jangkaan yang tinggi dari ibu bapa dan masyarakat serta tertakluk kepada Badan Peguam Malaysia.

Persepsi yang sering terpahat dalam minda orang ramai adalah peguam sentiasa mahu mengenakan caj undang-undang yang tinggi. Mereka juga sering beranggapan peguam sengaja kalah kes dan tidak mempunyai firasat yang baik dan akan membuat apa saja demi mendapat kes.

Selain itu, apabila membicarakan mengenai peguam hartanah, terdapat ramai peguam yang tidak boleh menyeimbangkan jangkaan daripada pelanggan mereka.

Ia termasuklah kegagalan untuk memahami keseluruhan transaksi, berurusan dengan peguam lain, berurusan dengan ejen hartanah, meminta bank mengeluarkan surat dan sebagainya.

Inilah faktor mengapa anda perlu memberi kerjasama kepada peguam hartanah dan jangan layan mereka seperti musuh anda.

Saya sering menerima aduan daripada orang ramai yang mempunyai masalah dengan peguam hartanah mereka. Soalan pertama yang saya ajukan adalah ‘Sudahkah anda berbincang dengan peguam hartanah anda?’

Seterusnya, saya akan cuba menyelidik sama ada kemungkinan salah laku dibuat oleh peguam berkenaan. Anda sebenarnya boleh meminta peguam menyenaraikan kronologi berdasarkan arahan pemprosesan transaksi.

Akta Pembangunan Perubahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 menyatakan bahawa setiap pihak dalam transaksi hartanah membabitkan pemaju hartanah perlu memiliki peguamnya sendiri.

Ini bermakna, sesebuah pemaju hartanah dan pembeli hartanah perlu diwakili oleh peguam dalam Perjanjian Jual Beli (SNP) yang mereka tandatangani.

Ini juga terpakai untuk transaksi ‘sub-sale’ yang mana setiap pihak perlu diwakili peguam. Jika peguam yang anda lantik tidak pernah memberitahu perkara ini dan tidak meminta anda menandatangani penafian yang anda bersetuju untuk tidak diwakili, ini bermakna mereka telah melanggar peraturan yang ditetapkan Badan Peguam Malaysia.

Ini adalah antara punca mengapa orang ramai mempunyai tanggapan buruk terhadap peguam. Bagaimanapun, adakah mereka memilih peguam dengan berhati-hati? Sudahkah mereka menyemak rekod peguam mereka?

Dalam pengalaman saya sepanjang 20 tahun bergelar peguam, ramai orang melantik peguam secara sambil lewa apabila mereka diberi kesempatan untuk ‘tidak membayar peguam mereka sendiri’.

Oleh: Khairul Anuar Sharudin

Share it:

Image here

If you have any suggestions on this article, please send to editor@propertyinsight.com.my.

Comments

comments