Property Insight > Featured Articles > Semak enam perkara ini sebelum tandatangan dokumen pinjaman

Semak enam perkara ini sebelum tandatangan dokumen pinjaman

Pinjaman perumahan membentuk pecahan terbesar dalam produk pinjaman yang ditawarkan daripada pihak bank di negara ini.

Ia termasuklah institusi perbankan konvensional dan Islamik.

Menurut Ketua Eksekutif Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM), Linnet Lee, pemohon pinjaman rumah perlu memberi perhatian kepada 5 perkara berikut sebelum menandatangani perjanjian pinjaman rumah.

1. Margin kewangan

Bergantung kepada pelbagai faktor seperti nilai hartanah, situasi kewangan dan rating kredit anda, bank yang berbeza mungkin akan menawarkan margin yang berbeza untuk pembiayaan.

Memandangkan anda perlu membayar sejumlah wang yang tidak ditanggung oleh pinjaman rumah, perkara ini menjadi amat penting terutamanya jika anda kekurangan wang tunai di tangan.

Sebagai contoh, bagi rumah bernilai RM800,000, anda perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM160,000 jika margin pembiayaan adalah 80 peratus dan hanya perlu membayar RM80,000 jika margin kewangan adalah 90 peratus.

2. Perbandingan pinjaman rumah

Terdapat pelbagai cara perbandingan yang boleh dibuat di dalam internet bagi membolehkan anda mengenalpasti pilihan pinjaman yang sesuai dengan anda.

Langkah ini penting kerana anda boleh mendapat idea mengenai berapa anggaran bayaran pinjaman yang perlu dibuat. Selain daripada platform dalam talian, anda juga boleh berkunjung ke bank untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

3. Yuran dan Caj

Permohonan pinjaman rumah membabitkan proses berkaitan aturselia kerajaan dan profesional seperti penyediaan perjanjian pembiayaan, pembayaran duti setem dan pemprosesan oleh bank. Kebiasaannya semua proses ini mempunyai caj dan yuran yang perlu ditanggung oleh pembeli.

4. Kadar faedah tetap atau terapung

Pinjaman perumahan terdiri daripada kadar faedah yang tetap, tidak tetap atau campuran kedua-duanya, jadi pelanggan mempunyai pilihan yang banyak.

Jadi pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan pinjaman yang mana satu mengikut kesesuaian masing-masing.

5. Kadar faedah

Pembeli perlu menyemak kadar faedah pinjaman terlebih dulu untuk memastikannya boleh diterima. Kadar asas adalah sistem baharu yang digunapaai oleh bank di negara ini bagi menggantikan Kadar Pinjaman Asas. Kadar Asar ini adalah apa yang bank gunakan untuk menentukan faedah yang mereka mahu kenakan ke atas pelanggan. Perubahan ini dibuat bagi menunjukkan ketelusan dalam kadar faedah. Kadar Asas berubah dari satu bank ke satu bank dan boleh berada antara julat 3.2 peratus setahun sehingga 4 lerafhs setahun atau lebih.

6. Tempoh terkunci (lock-in)

Ia merujuk kepada tempoh yang mana anda akan dikenakan penalti, selalunya dalam 2 hingga 3 peratus daripada jumlah prinsipal pinjaman anda jika anda mahu menyelesaikan semua pinjaman sebelum ia mencecah tempoh matang.

Apabila memilih pinjaman rumah, anda perlu membayar jika mahukan tempoh lock-in itu menjadi sependek yang mungkin serta penalti serendah yang mungkin. Bagaimanapun, ada sesetengah bank yang tidak mengenakan caj penalti jika notis dengan tempoh yang mencukupi diberikan.

Share it:

Image here

If you have any suggestions on this article, please send to editor@propertyinsight.com.my.

Comments

comments