Property Insight > Featured Articles > Setia Eco Templer: Kediaman untuk kehidupan berkualiti

Setia Eco Templer: Kediaman untuk kehidupan berkualiti

Setia Eco Templer, projek perbandaran yang dibangunkan oleh pemaju hartanah terkemuka, S P Setia terletak di daerah Rawang dan ia dikelilingi oleh persekitaran pinggir bandar dengan suasana yang menenangkan.

Projek perbandaran seluas 194 ekar itu dikelilingi oleh kehijauan alam semulajadi berunsurkan pelbagai spesis flora, fauna, haiwan dan burung-burung memandangkan lokasinya yang berada di antara Bukit Takun, Taman Templer dan Hutan Simpan Kanching.

Setia Eco Templer pertama kalinya dilancarkan pada Jun 2016 dan ia mendapat inspirasinya menerusi perjalanan yang ditempuh oleh Sir Gerald Templer ke Tanah Melayu. Ia merangkumi dua komponen utama yang penting iaitu kediaman residen berpagar dan berpengawal serta hab komersil.

Kawasan perbandaran itu terletak di lokasi strategik dengan hanya 25 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur yang boleh diakses dengan tempoh pemanduan sekitar 30 minit.

S P Setia juga telah mengambil inisiatif untuk membina persimpangan dengan akses terus ke kawasan perbandaran berkenaan dari Rawang dan Kuala Lumpur. Persimpangan ini boleh menambahbaik akses ke Setia Eco Templer dan menjimatkan masa perjalanan komuniti selepas ia siap dibina kelak.

Projek pembangunan Setia Eco Templer juga dihubungkan dengan lebuhraya utama seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS); Lebuhraya Koridor Guthrie (Guthrie) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR). Melalui kesemua lingkaran lebuhraya tersebut, ternyata Setia Eco Templer akan menjadi tumpuan utama kawasan tersebut.

Selain daripada itu, Setia Eco Templer juga terletak berhampiran dengan pelbagai pusat membeli-belah dan pasaraya besar seperti AEON Rawang, Tesco Rawang, Selayang Mall, NSK Hypermarket, Tesco Extra Selayang, Giant Batu Caves dan AEON Kepong. Justeru, penduduk di kawasan berkenaan mempunyai pilihan untuk mendapatkan keperluan isi rumah kerana semuanya terletak berhampiran antara satu sama lain.

Bagi aspek kemudahan perubatan pula, Hospital Selayang dan KPJ Rawang juga terletak berhampiran dengan kawasan perbandaran berkenaan dan penduduk mempunyai pilihan sama ada ke hospital kerajaan mahupun hospital swasta.

Kemudahan pendidikan juga tidak menjadi masalah buat penduduk di Setia Eco Templer kerana terdapat beberapa pilihan sekolah rendah di sekitar kawasan berkenaan termasuklah sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan seperti , SJK (C) Selayang Baru; SJK (C) San Yuk, SK Taman Selayang 1&2; dan SK Bandar Baru Selayang.

Bagi pendidikan peringkat menengah pula, terdapat beberapa pilihan yang boleh dibuat sama ada hendak ke sekolah kerajaan seperti SMK Selayang Baru; SMK Rawang Batu 16; SMK Seri Garing dan SMK Hillcrest atau bagi mereka yang mahukan pilihan silibus antarabangsa, mereka boleh memilih di antara sekolah antarabangsa yang berhampiran seperti Garden International School dan Mont’ Kiara International School.

Dengan Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM2 bilion, Setia Eco Templer mengambil masa antara tujuh hingga 10 tahun untuk dibangunkan sepenuhnya. Projek perbandaran ini menawarkan pelbagai pilihan kediaman yang bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat termasuklah rumah banglo, rumah berkembar semi-D dan link vila.

Untuk komponen kediamannya, Setia Eco Templer telah melancarkan tiga fasa iaitu Essex Gardens, Peranakan Straits dan Amantara. Hab komersilnya yang dikenali sebagai The Grove@Templer merangkumi 40 lot kedai eksklusif dua tingkat dan tiga tingkat yang berhadapan dengan jalan utama. Ini memberikan potensi dan pendedahan yang lebih tinggi kepada perniagaan di kawasan tersebut. Pembinaan bagi The Grove@Templer telah siap dibina pada tahun ini.

Fasa kediaman berpagar dan berpengawal pertama Setia Eco Templer yang dikenali sebagai Essex Gardens telah dibina sepenuhnya dan kini ia sedang giat mempromosikan fasa kedua projek iaitu Peranakan Straits dan Amantara.

Seperti mana nama yang diberi, pembangunan Peranakan Straits memberi penekanan kepada pengaruh budaya warisan Baba Nyonya dan kepelbagaian budaya unik semasa era Peranakan.

Dengan kadar pengambilan mencecah 80 peratus selepas pelancarannya, tidak sukar untuk kita memahami mengapa kediaman dengan rekaan yang unik itu terjual laris.

Peranakan Straits terdiri daripada 168 unit rumah semi-D dan link vila dengan keluasan binaan minima 2,292 kaki persegi dengan harga jualannya bermula daripada RM888,000 hingga RM1,507,000. Fasa berkenaan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku terakhir tahun 2020.

Konsep kawasan kejiranannya diinspirasikan daripada Kepulauan Melayu dengan ciri kediaman berpagar dan berpengawal yang ternyata memberikan ketenangan minda dalam aspek keselamatan. Ia juga dilengkapi dengan rondaan pengawal keselamatan, pemantauan kamera litar tertutup sepanjang masa serta pagar anti panjat dengan sensor fiber optik. Memandangkan isu keselamatan tetap menjadi tumpuan utama, kesemua unit juga dipasang dengan Sistem Penggera Rumah Individu bagi memastikan kawasan berkenaan selamat untuk diduduki.

Dibina di atas tapak seluas 23.9 ekar, Peranakan Straits berunsurkan ciri kediaman yang luas. Rumah yang direka dengan unik itu mempunyai ruang bilik tidur yang luas dan didatangkan dengan bilik air bagi memberikan lebih privasi kepada penghuninya. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan balkoni yang boleh diakses daripada bilik tidur dan ciri ini memberikan ruang kepada penghuni rumah untuk menikmati pemandangan menakjubkan daripada landskap semulajadi di kawasan berkenaan.

Bagi mereka yang mementingkan kehidupan yang nyaman selepas melalui hari yang sibuk, Setia Eco Templer adalah pilihan yang tepat. Kombinasi pelbagai elemen dan rekaan teliti telah menjadikan kediaman bertemakan resort ini relevan kepada kehidupan moden.

Tambahan pula, kawasan kejiranan berkenaan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain. Ia termasuklah rumah kelab yang menawarkan kemudahan gimnasium, kolam renang dan trek rekreasi.

Selain Peranakan Straits, Setia Eco Templer turut membina kawasan kediaman fasa 2B, dikenali sebagai Amantara. Ia berasaskan konsep seni bina dari Bali yang boleh dilihat dengan jelas menerusi rekaan rumahnya.

Amantara juga adalah kediaman berpagar dan berpengawal. Hanya beberapa unit dari koleksi ini mempunyai kolam renang persendirian yang boleh dijadikan kawasan istirehat penghuninya.

Setia Eco Templer telah menerima Anugerah Kecemerlangan Rekaan pada Malaysian Institute of Planners Planning Excellence Award 2016 sebagai pengiktirafan kepada “pelan induk yang atau akan mempunyai impak positif terhadap kualiti persekitaran atau fizikal bagi kawasan berkenaan atau ekonomi atau kesejahteraan sosial komuniti di sana”.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk anda memiliki unit idaman anda di Setia Eco Templer kerana hanya beberapa unit sahaja yang masih tinggal untuk jualan.

Info:

Waktu Operasi Galeri Pameran:

Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 6.00 petang

Sabtu/Ahad & Cuti Umum: 10.00 pagi – 6.00 petang

Hubungi: 603-6092 2288

Kemudahan berhampiran

Taman Rekreasi

Hutan Lipur Sungai Kanching

Hutan Lipur Bukit Lagong

Taman Tasik Metropolitan Kepong

Taman Rimba Komanwel

Kolam Air Panas Selayang

Kemudahan Awam

Stesen KTM Rawang (14 km)

Stesen KTM Batu Caves (12.6 km)

Setara Jaya (Pudu to Rawang) – SJ 150

KL Sentral (24.4 km)

Terminal Subang Skypark (35 km)

 

Untuk pertanyaan, sila daftar di : https://bit.ly/2AGWtTv

Share it:

Image here

If you have any suggestions on this article, please send to editor@propertyinsight.com.my.

Comments

comments