Property Insight > Strategy > 5 Cara Mudah Naikkan Sewa

5 Cara Mudah Naikkan Sewa

Pelaburan hartanah sering dianggap antara satu daripada pelaburan paling baik dan selamatyang kita oleh pilih. Ia berikutan teras pelaburannya yang boleh dilihat dengan mata kasardan berkemungkinan semakin meningkat nilainya bergantung kepada lokasi dan pemacukawasan berkenaan.

Paling menarik, pelaburan hartanah membolehkan anda menyewakannya bagi menjanapendapatan tetap.

Segelintir pelabur berada dalam pelaburan hartanah ini hanya untuk mendapatkankeuntungan modal manakala ada yang memberi tumpuan kepada segmen sewaan kerana iamemberikan aliran tunai yang lebih consistent.

Bagaimanapun, hasil sewaan di Malaysia mula menunjukkan penurunan sejak kebelakanganini. Hasil sewaan kasar menurun kepada julat antara 3 hingga 4 peratus daripada 5-7 peratuspada 2011.

Memandangkan perniagaan sewaan menjadi semakin kompetitif, pemilik hartanahkehilangan kuasa rundingan mereka secara beransur-ansur. Pelabur juga tidak lagi bolehbergantung hanya kepada penetapan harga dan lokasi semata-mata untuk mendapatkanpenyewa malah mereka perlu melihat aspek lain untuk mendapat sewa. Berikut adalah antaracara yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian penyewa:

UBAHSUAI DENGAN BERHEMAT

Sudah tentu, perkara pertama yang mana-mana pemilik hartanah boleh lakukan untukmenaikkan sewa hartanah adalah dengan memastikannya kelihatan baru dan diubahsuai.

Bagaimanapun, bukan semua jenis pengubahsuaian boleh mendatangkan aliran tunai. Hanyaubahsuai yang betul sahaja boleh memberi harapan untuk kenaikan sewa.

Syarikat saya, The Crafters memfokuskan kepada pengubahsuaian yang menyediakankemudahan penting yang mungkin diperlukan oleh penyewa. Jangan bazirkan wang ke atasrekaan dalaman yang tidak boleh menjanjikan kenaikan sewa.

Ruang yang perlu diubahsuai

  • Ruang tamu (tanggapan pertama penting apabila anda melangkah masuk ke dalam unit kediaman)
  • Dapur (Isteri yang bahagia membawa kebahagiaan kepada kehidupan)

LENGKAPKAN DENGAN PERABOT

Hartanah yang dilengkapi dengan perabot sudah pasti mengenakan sewa yang lebih tinggidaripada hartanah yang tidak mempunyai perabot. Perabot asas seperti almari, katil, sofa,meja makan dan kerusi perlu disediakan apabila anda membawa penyewa meninjau hartanahberkenaan.

Ingat, penyewa adalah pelanggan anda dan anda harus memenuhi keperluan mereka terlebihdulu. Memandangkan cuaca di negara ini yang panas dan lembab, pemilik rumah yang memasang kipas siling dan penyaman udara sudah tentu mendapat kelebihan dan ia bolehditerjemahkan ke dalam hasil sewa yang lebih tinggi. Perkakasan lain seperti mesin basuhdan peti sejuk juga bukan saja boleh membantu anda mendapat sewa yang lebih tinggi tetapijuga menjamin adanya penyewa yang berminat untuk menyewa di situ.

SEWA BILIK

Anda juga boleh menyewa hartanah anda kepada beberapa penyewa untuk mendapatkanpulangan maksimum. Ia bukan hanya memaksimumkan potensi pendapatan anda tetapi juga membuka peluang untuk mendapatkan lebih ramai penyewa baharu. Sudah tentu, anda perlumelakukan sedikit perubahan dan menambah bilangan perabot tetapi dalam jangka masa panjang, anda akan mendapat pulangan modal dengan lebih pantas.

Cuba untuk memaksimumkan kapasiti hartanah anda bagi mendapatkan peningkatanpendapatan. Langkah ini sesuai untuk hartanah yang terletak hamper dengan institusipendidikan atau ruang pejabat.

HARTANAH MESRA KANAK-KANAK

Bagi ibu bapa, membelanjakan sedikit wang setiap bulan untuk keselamatan anak merekadiangap sebagai sesuatu yang berbaloi. Sudah tentu, untuk melengkapkan rumah yang selamat diduduki oleh kanak-kanak memerlukan kos yang tinggi tetapi selaku pelaburhartanah, ia sebenarnya membuka pasaran yang lebih luas untuk mendapatkan penyewadaripada kalangan mereka yang berkeluarga.

SEWA JANGKA PENDEK

Satu daripada segmen perniagaan hartanah yang lumayan sejak kebelakangan ini dikenalisebagai sewaan jangka pendek. Dalam kata lain, selain daripada sewaan bulanan, anda juga boleh menyewakan kediaman hanya untuk tempoh beberapa hari. Sewaan jangka pendekjuga membolehkan anda mengenakan caj yang lebih tinggi berbanding perjanjian sewaanjangka panjang.

Jika anda boleh menguruskan kadar penghunian dengan konsisten, anda bolehmempertimbangkan pilihan ini untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, terdapat kebaikan dan kekurangan cara ini yang akan saya kupas di dalamartikel lain. Dengan cara yang mudah dan praktikal ini, setiap pemilik hartanah bolehmengoptimumkan pendapatan sewaan mereka dan membuat yang terbaik dalam pelaburan.

#propertydoctor #maximizingrentals #thecrafters

OLEH: DR VICTOR GAN

Share it:

Image here

If you have any suggestions on this article, please send to editor@propertyinsight.com.my.

Comments

comments