Property Insight > Strategy > Hilang 1.2 juta, elak jadi seperti saya!

Hilang 1.2 juta, elak jadi seperti saya!

Saya akan berkongsi dengan anda bagaimana saya kehilangan RM1.2 juta dalam nilai hartanah dan bagaimana anda boleh mengelakkan masalah berkenaan.

Beberapa tahun lepas, saya membeli sebuah rumah lama yang dikelilingi kawasan kehijauan seluas enam ekar yang menghadap tasik Putrajaya.

Nilai hartanah bagi projek ini meningkat setiap tahun dan ia mencecah RM470 untuk setiap kaki persegi walaupun ia adalah pembangunan lama yang memerlukan banyak kerja baik pulih. Bagaimanapun, terdapat masalah dengan Pihak Pengurusan Bersama (JMB) dan Pengurus Hartanah yang seakan-akan tidak mahu menjalankan tugas berkenaan.

Terdapat terlalu banyak isu politik dan pertikaian yang berlaku di dalam pihak pengurusan yang mana mereka memberi tumpuan kepada tuntutan saman kepada pemaju dan beberapa orang pemilik rumah. Ia turut membabitkan ratusan malah ribuan ringgit wang untuk membayar caj guaman yang diambil daripada dana jawatankuasa. Dana berkenaan digunakan untuk bayaran kes mahkamah dengan pemaju sehingga mereka kalah kes berkenaan dan kehilangan wang berkenaan.

Pasukan pengurusan hanya memberi tumpuan kepada isu ini dan mereka mengalihkan perhatian pemilik rumah kepada pertikaian ini manakala dalam masa yang sama pengurusan asas hartanah berkenaan tidak diendahkan.

Urusan penyelenggaraan bangunan dan persekitaran juga tidak diambilkira. Malah, tiasa sebarang penyelesaian yang diambil daripada pihak pengurusan dan mereka begitu perlahan dalam mengambil tindakan yang sepatutnya.

Akibatnya, nilai hartanah di projek berkenaan semakin susut daripada RM470 sekaki persegi kepada serendah RM270 sekaki persegi. Ia adalah kejatuhan sebanyak Rm200 sekaki persegi.

Jadi, kes ini menjadi contoh ketara bagaimana pihak pengurusan hartanah yang tidak efisyen boleh mengakibatkan impak yang besar ke atas sesuatu pembangunan.

Jawatankuasa yang dilantik perlu lebih pantas dan berfikiran ke hadapan. Mereka bukan hanya perlu menguruskan dan menyelenggara  projek berkenaan tetapi memikirkan mengenai potensi nilai yang ada pada projek terbabit.

Ini memerlukan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas yang mana kebanyakan pemilik tidak mempunyai elemen ini.

Apa yang selalunya berlaku adalah jawatankuasa berkenaan akan mendapatkan nasihat pengurus hartanah ‘profesional’ bagi membantu melancarkan urusan di sana.

Tetapi, apa yang selalu berlaku adalah mereka akan membuat keputusan yang tidak tepat, seterusnya berpotensi menanggung kerugian.

Elakkan perkara ini daripada terus berlaku dan sentiasa jad pemilik rumah yang aktif dalam jawatankuasa yang dilantik.

Share it:

Image here

If you have any suggestions on this article, please send to editor@propertyinsight.com.my.

Comments

comments