Property Insight > Strategy > Malaysia Berdepan Gawat?

Malaysia Berdepan Gawat?

Harga minyak mentah Brent susut kepada AS$31 setong pada 9 Mac 2020 dan ia adalahparas terendah yang dicatatkan sejak 2016 selepas Arab Saudi dilaporkan merancang untukmeninggalkan pesaingnya dengan meningkatkan pengeluaran sebanyak dua juta tong seharidan mahu memberikan diskaun besar kepada pelanggan utamanya sebagai balasan selepasrundingan OPEC gagal mencapai kata sepakat untuk menaikkan harga.

Ini menyusuli kenyataan Rusia bahawa harga minyak sebanyak AS$45 setong masihmencukupi untuk negara berkenaan mengekalkan ekonominya.

Menurut laporan sebelum ini, setiap penurunan dalam harga minyak mentah dalamdenominasi dollar Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan kepada tabungan negara sebanyak RM300 juta setahun.

Walaupun OPEC dan sekutunya sedang bergelut untuk mengatasi permintaan yang semakinlemah disebabkan oleh virus Covid-19, kita perlu mengambil tahu sama ada ini adalah situasisementara ataupun bakal berpanjangan.

Penurunan mendadak dalam pasaran ekuiti juga sudah tentu meningkatkan kebimbanganbahawa kegawatan ekonomi sedang menghampiri dunia.

Prestasi pasaran saham yang meningkat dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini juga memberi petunjuk bahawa gelombang kewangan sedang meletus. Ekonomi Malaysia dilihatstable dan sebahagian pasaran saham disokong oleh peningkatan hutang yang merujukkepada defisit kerajaan persekutuan digunakan untuk merangsang ekonomi di bawahpemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

Baru-baru ini, saya membaca buku Bubble in the Sun oleh Christopher Knowlton mengenailonjakan hartanah di Florida pada 1920-an.

Gelombang berkenaan disumbangkan oleh tragedi taufan besar yang memusnahkan sejumlahbesar hartanah di wilayah berkenaan.

Bolehkan Covid-19 menjadi pencetus kepada kegawatan baharu, kejatuhan harga minyakatau kedua-duanya?

Pertama sekali, fakta penting adalah harga minyak tidak berada pada paras rendah sebelumCovid-19 malah ia adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Menerusis sejarah harga minyak dunia, terdapat tiga kejatuhan utama dalam harga minyakiaitu pada:

  • Tahun 2014
  • Tahun 1985
  • Tahun1866

Harga minyak berada pada paras sejarah sejak 2004 dan juga selepas 2014, walaupun pada masa itu harga minyak merosot. Industri sudah terbiasa dengan harga minyak yang tinggi, sama seperti kepercayaan petani mengenai harga hasil tanaman.

Ketika harga minyak berada di atas paras AS$100 setong, hanya beberapa industri mengakuibahawa kenaikan itu disebabkan oleh gangguan bekalan sementara. Sementara itu, hargaminyak pada 2019 semakin jelas menghampiri paras sejarah berbanding pada 1985 atau 2014 yang menyaksikan dua daripada tiga harga utama menjunam pada era moden ini.

Situasi yang berlaku kini mengimbau semula tahun 1998 ketika harga minyak berada pada paras rendah dan susut hamper satu pertiga disebabkan oleh kelemahan ekonomi dan juga perang harga di kalangan Saudi Arabia dan Venezuela.

Pada masa ini, gabungan penularan Covid-19 dan pertingkahan antara Arab Saudi dan Rusiatelah menyebabkan kejatuhan harga yang mendadak. Bagaimanapun, ia memberi petunjukbahawa perjanjian baharu akan dibuat selepas ini dan harga akan kembali pulih.

Di samping itu, realiti yang sedang berlaku adalah pasaran berhadapan dengan lambakangabungan pengeluaran minyak syal dan peningkatan bekalan konvensional dari Brazil, Guyana dan Norway. Ia memberi petunjuk bahawa pasaran sedang dibayangi situasi pada 2014 bukan dalam aspek harga tetapi tekanan daripada bekalan dari bukan negara OPEC.

KESIMPULAN

Perbezaan utama antara 1986 atau 1998 dengan masa kini adalah kewujudan kos bekalanyang tinggi. Ini mencetuskan persoalan penting. Ternyata, Arab Saudi tidak mahumelanjutkan penurunan harga tetapi Rusia tidak mahu membantu OPEC atau mungkinmereka berpendapat harga minyak terlalu tinggi?

Kekacauan dalam pasaran minyak mentah pada masa ini hamper pasti boleh diulang dalamtempoh akan dating. Adakah ia memberi kesan kepada sector hartanah sebagaimana yang berlaku pada 2014? Saya berpendapat tidak.

Inga tapa yang saya katakana ini, dalam tempoh beberapa minggu akan datang, Arab Saudi dan Rusia akan memeterai perjanjian baharu.

Sahabatku, inilah permainan politik.

#propertydoctor OLEH: DR VICTOR GAN

Share it:

Image here

If you have any suggestions on this article, please send to editor@propertyinsight.com.my.

Comments

comments