Property Insight > Home+ > 8 Cara Cipta Lebih Ruang Di Ruang Tamu

8 Cara Cipta Lebih Ruang Di Ruang Tamu

Memiliki rumah dengan ruang tamu yang kecil tidak bermakna ia harus kekal dalam keadaannya asalnya. Dengan sedikit sentuhan kreatif, ia mampu menjadikan ruang tamu kelihatan lebih besar dan luas.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan ruang tamu rumah lebih luas dan cantik.

  1. Letakkan cermin besar

Pereka dalaman selalunya mencadangkan pemilik rumah untuk meletakkan cermin di ruang yang kecil bagi memberikan ilusi dalam skala yang lebih besar. Sebagai contoh, dengan menggantung cermin besar di ruang tengah rumah, ia memberikan gambaran ruang tamu yang luas.

  1. Manfaatkan dimensi ruang

Setiap bilik mempunyai dimensi melintang dan menegak terutamanya jika ruang tamu anda mempunyai siling yang tinggi. Anda boleh memanfaatkan ketinggian berkenaan dengan menghiasnya bagi menarik perhatian. Selalunya, langsir panjang dari lantai ke siling digunakan untuk menjadikan ruang berkenaan lebih menarik.

  1. Pilih warna neutral

Warna neutral terkenal untuk diaplikasikan di dinding, lantai, siling dan perabot kerana ia memberikan ilusi luas dalam ruang tamu yang kecil. Warna dengan tona yang lembut seperti warna kayu atau putih juga membantu menaikkan cahaya dan memberikan kesan segera yang elegan.

  1. Pilih perabot ringan

Semasa memilih perabot, kenalpasti berat perabot berdasarkan saiz, warna dan rekaannya. Sebaiknya, pilih perabot yang lebih ringan kerana perabot berat boleh menjadikan ruang kelihatan semakin kecil dan tidak teratur.

  1. Ruang simpanan yang lestari

Pilih perabot dengan ruang simpanan terbina dalam (built-in) berbanding dengan perabot yang boleh dialihkan. Penggunaan perabot terbina dalam boleh menjimatkan lebih banyak ruang.

  1. Penuhkan sudut

Penuhkan sudut di ruang tamu anda dengan pilihan perabot yang betul kerana ia boleh menjadikan ruang tamu kelihatan lebih besar berbanding jika hanya biarkan ia kosong.

  1. Guna sofa tanpa penyandar

Sofa rekaan tradisional memerlukan ruang yang besar di dalam ruang tamu jadi jadi anda disaran untuk menggunakan sofa tanpa penyandar dengan meletakkannya di tengah-tengah ruang tamu dan susun atur ini boleh memberikan gambaran ruang yang lebih luas.

  1. Tambahkan tumbuhan hijau

Dengan meletakkan sebarang jenis tumbuhan hijau dalam rumah sama ada di sudut dinding atau belakang kerusi, ia boleh menaikkan lagi seri ruang berkenaan.

Share it:

Image here

If you have any suggestions on this article, please send to editor@propertyinsight.com.my.

Comments

comments