Property Insight > News release > Ikon Terkini TTDI. Rencana Royale

Ikon Terkini TTDI. Rencana Royale

Terletak di perbandaran Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang megah, Rencana Royale oleh kumpulan CK East dijangka menjadi sebuah pembangunan penting di kawasan tersebut. Projek pegangan bebas bersepadu ini yang telah meraih beberapa anugerah, merangkumi ruang kediaman, ruang korporat dan blok niaga. Rencana Royale adalah sebuah pembangunan 13 tingkat yang berkepadatan rendah dengan 622 unit kediaman. Unit kediaman tersebut terbahagi kepada Corporate Suites “In The Sky”, Garden Suites, Deluxe Suites & Duplex, dan Executive Suites. Executive Suites mempunyai dua rekaan susur atur; studio dan dupleks. Binaan Executive Suites studio seluas 472 kaki persegi sementara Executive Suites dupleks menawarkan saiz sebesar  875 kaki persegi. Deluxe Suites pula ditawarkan dengan keluasan 1,109 kaki persegi. Bagi pembeli yang menginginkan keistimewaan dari segi ruang, maka bolehlah memilih unit dupleks yang berkisar antara 1,830 kaki persegi hingga 1,841 kaki persegi. Bagi syarikat yang ingin menduduki alamat perdana serta pejabat yang berprestij, Corporate Suites “In the Sky” Rencana Royale yang mengambil ruang sebanyak tiga tingkat merangkumi keluasan sebesar 5,425 kaki persegi.  Rencana Royale juga menawarkan kemudahan untuk residen seperti Juice Bar atau Coffee House dan juga pusat bersenam bermutu tinggi yang dilengkapi dengan spa dan kolam infiniti. Di dalam pembangunan tersebut juga terdapat kawasan barbeku terbuka, taman umum, dewan serbaguna dan bilik pawagam. Rencana Royale dibina berhampiran Jalan Datuk Sulaiman, TTDI yang menawarkan pelbagai kemudahan. Aksesibiliti juga mudah seraya menghubungi lebuhraya utama seperti SPRINT, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Penchala Link. Kawasan ini juga menyenangkan aktiviti membeli belah kerana terletak berhampiran dengan destinasi membeli-belah seperti 1Utama, The Curve , Publika, Mont Kiara dan banyak lagi. Di samping itu, perkhidmatan bas feeder boleh didapati dari pusat perniagaan Datuk Sulaiman yang berdekatan dengan stesen Mass Rapid Transit TTDI.

Sejak dilancarkan, Rencana Royale telah meraih dua anugerah dari Property Insight, iaitu anugerah Best Leisure Living Development dan Best Hybrid Development di acara anugerah Property Insight Prestigious Developer Awards pada tahun 2016.

Ketahui lebih lanjut di : http://www.rencanaroyale.my/    

Share it:

Image here

If you have any suggestions on this article, please send to editor@propertyinsight.com.my.

Comments

comments